Friday 6 April 2018

Kenapa sakit?

Jasad yang sakit datang dari emosi yang sakit.
Emosi yang sakit datang dari roh yang sakit.
Roh yang sakit perlu dirawat dengan penyucian jiwa.

berbekam adalah medium atau cara untuk merawat.

sesungguhnya yang menyembuhkan setiap penyakit adalah اَللّهُ Ya Salaam Ya Fattah. 

maka berbekamlah sambil terapi penyucian jiwa dengan memohon penyembuhan dari اَللّهُ Ya Salaam Ya Fattah. 


sudah menjadi budaya orang kita, bila sakit/ demam sikit yang pertama dicari adalah ubat atau doktor.

kerana merasakan ubat atau doktor yang boleh menyembuhkan sakit yang dialami.

hakikat sebenarnya yang menyembuhkan sakit adalah Allah Ya Salaam. ubat dan doktor tiada daya untuk menyembuhkan. semua itu adalah medium atau alat yang diberi daya kesembuhan oleh Allah Ya Salaam untuk menyembuhkan.

buktinya, boleh sahaja orang yang sakit dan ulang alik hospital bertahun-tahun tapi masih juga tidak sembuh-sembuh.

bagaimana hendak sembuh sekiranya kebergantungan untuk sihat itu dipasakkan pada ubat dan doktor yang merawat.

SYIRIK !!!

Sedangkan dalam solat kita sebanyak 17 kali dalam solat kita membaca 



jadi kepada siapa yang harus kita minta pertolongan yang UTAMA? pastilah

Allah Ya Wahab Ya Karim. 

kemudian Allah Ya Wahab Ya Karim akan menggerakkan hati kita untuk mencari alat-alat penyembuhannya.

maka, dengan ini disaat diuji dengan kesakitan, ketahuilah bahawa Allah Ya Salaam tarik daya kesihatan kepada dirimu untuk membawamu kembali mentauhidkan Allah.

sesungguhnya setiap peristiwa yang Allah ciptakan tiada yang sia-sia. Allah sebenarnya sedang menta'aruf diriNya kepada mu. 

tetapi kerana terhijabnya hatimu dengan Nya maka setiap peritiwa itu dirasakan sebagai ujian yang dahsyat.

inshaaAllah dikesempatan yang lain saya akan kongsikan bagaimana untuk membuka hijab antara kita dengan Allah.

Ya Baari' Ya Quddus.




#BekamTerapiAsmaulHusna

No comments:

Post a Comment