Wednesday 19 September 2018

Bicara Cinta Ya Wadud

InshaaAllah akan berlangsung pada Jumaat ini iaitu kuliah Bicara Cinta Ya Wadud bertempat di Klang.

untuk sahabat yang diagendakan Ya Baarik untuk menyertai kuliah ini, sila berhubung dengan nama pada poster berikut. InshaaAllah



Wednesday 18 April 2018

Dakwah Asmaulhusna di Padang, Indonesia

Assalamualaikum,

sedikit perkongsian kami ketika berada di Masjid Al-Munawwarah, Siteba, Padang Indonesia.
14-17 April 2017

Program yang berlangsung selama 3 hari ini sangat mendapat sambutan yang bersemangat dari penduduk kawasan setempat.

Dan pihak tuan rumah dan qariah meminta supaya diadakan lagi program seperti ini di tempat mereka.

InshaaAllah Ya Baari'. Jika Allah berkehendak kami akan ke sana lagi.






bonda-bonda dari serata Padang. ada yang mengambil masa 2-3 jam untuk sampai ke Masjid Al-Munawwarah semata-mata untuk mempelajari ilmu Ya A'lim Ya Hakim Ya Rashid.



sebahagian dari team International University of Asmaulhusna yang menyertai program dakwah kali ini.
bergambar di hadapan Muaro yang menghubungkan penduduk dan pelancong yang ingin ke Pulau Mentawai.

InshaaAllah team IUAH akan berdakwah di Mentawai pula. Ya Baari'.


sebahagian lagi team IUAH yang turut serta dalam misi dakhwah kali ini.



kaunter jualan buku di serbu oleh jemaah masjid.


pertemuan dan perbincangan serta sesi taaruf kedua-dua pihak masjid dan IUAH.
Team IUAH diketuai oleh ketua abdi Prof Dr. Zuraidah Kassim.



sesi meeting untuk program keesokna harinya.
team IUAH berpecah 3 kumpulan pada keesokan harinya 
1. team ke masjid
2. team ke tadika
3. team ke hospital


suasana jemaah di Masjid Al-Munawwarah
tausiyah selepas Maghrib




panitia Masjid Al-Munawwarah dan team IUAH


jemaah wanita memenuhi masjid





seawal selepas subuh, anak-anak tadika ini telah memenuhi ruangan masjid untuk sesi Memaknai Asmaulhusna dalam menididk anak-anak.


sebahagian buku-buku yang boleh dijual.


team IUAH bersama alat Ya Baari' yang menyusun jadual program di Padang


suasana Masjid Rahmatan Lil 'Alamin, Universitas Putra Indonesia, Padang


Alhamdulillah, Ya Razzaq bagi menikmati durian melalui alat Ya Razzaq. 






melawat orang sakit di Rumah Sakit Islam Ibnu Sina, seramai 2 orang team IUAH ditugaskan ke rumah sakit ini .

dan buat julung-julung kalinya nama-nama Allah bergema ke seluruh bangunan hospital melalui siaran radio hospital ini sebelum azan Zohor berkumandang.





program bersama anak-anak tadika dan ibu-ibu.




Saturday 14 April 2018

Jasadmu bersyariat, hatimu bermakrifat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

sahabat yang dikasihi اَللّهُ Ya Rahman Ya Rahim Ya Rauf Ya Karim. 

setinggi kesyurukan kepada اَللّهُ Ya Syakur Ya Muhyi yang masih memberikan kita degupan jantung dan memasukkan oksigen ke dalam paru-paru kita pada harini. 

untuk apa oksigen dan jantung ini masih didegup اَللّهُ Ya Muhyi?

tidak lain dan tidak bukan,
untuk mendidik hati untuk berzikir dan memuji memuja اَللّهُ. 

kerana telah lama kita hidup, masih lagi lisan dan hati kita payah untuk memuji اَللّهُ 

24 jam sehari 
1440 minit sehari
86,400 saat sehari 

اَللّهُ pinjamkan kepada kita,
berapa persen dari waktu yang اَللّهُ beri pinjam ini kita peruntukkan untuk memuji اَللّهُ ? 

😔😔😔😔

sedangkan setiap saat setiap ketika 
اَللّهُ tak pernah lupa pada hambaNya. 

kita sahaja hamba yang sering lupa pada Ya Kholiq Yang Maha Mencipta. 

rata-raya orang akan mengingati اَللّهُ hanya di saat di atas tikar sejadah,
itupun ketika solat masih lagi fikiran melayang teringat kunci kereta hilang,
teringat tengahari nak masak apa,
teringat nak keluar jemput anak pukul berapa. 

اَللّهُ 
Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jalil. 

sungguh kami ini banyak lalai dan berdosa Ya اَللّهُ. 

kami tak mampu mendidik diri kami sendiri, 
maka sudah pastilah kami juga tidak mampu mendidik anak zuriat keturunan kami. 

maka sahabat, marilah kita mengamalkan zikir-zikir Asmaulhusna. 

mari kita cuci jiwa kita yang setelah sekian lama terhijab dengan اَللّهُ. bila hati terhijab dengan اَللّهُ , tidak merasakan اَللّهُ ada, padahal اَللّهُ itu sangat dekat. lebih dekat dari urat leher kita.






Friday 13 April 2018

Ya 'Alim , Yang Maha Berilmu



Allahumma Ya Zohir menzahirkan bahawa penyembahan kepadaMu adalah meyakini dengan haqqul yakin bahawa Engkau Ya 'Alim Ya Hakim Ya Rashid Maha Berilmu yang mencurahkan ilmuMu kepada hamba-hambaMu yang terpilih.
MenyembahMu bererti nemohon semata-mata kepadaMu segala jenis ilmu yang diperlukan untuk menjadi abdi dan khalifahMu.

MANUSIA DAN GURU MANUSIA ITU ADALAH ALATMU yang menyampaikan ilmuMu.
Engkau melarang hambaMu dalam menimba ilmu dari manusia dan makhlu tanpa merasai ilmu itu datang dari Ya 'Alim, kerana ini termasuk menyekutukanMu dengan makhluk.
***********
hati-hati dalam belajar ilmu.
sama ada ilmu marketing, ilmu Alquran,
ilmu agama dan lain-lainnya.

ilmu itu semua dari اَللّهُ
bila mana mengagungkan si penerima ilmu atau si penyampai ilmu, maka termasuk dalam menyengutukan اَللّهُ.



#RM10je







 untuk mendapatkan buku ini boleh whatsapp 
012-343 0706 




Wednesday 11 April 2018

Jangan asyik berzikir sahaja, kita kena berikhtiar. betul ke?




'"Hanya milik Allah asmaa-ul husna[585], maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya[586]. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan."  (Al A’raaf: 180)

dalam ayat ini menjelaskan bahawa kita sebagai hamba perlu bermohon dengan berdoa. ketika berdoa sebutlah nama-nama Allah. 

ada banyak nama-nama Allah yang indah, sebagaimana yang banyak kita ketahui dalam Asmaulhusna, ada 99 Nama Allah.

jadi di saat berdoa, bermohonlah dengan menyeru-nyeru dan menyebut-nyebut nama-nama Allah.

sedangkan Rasulullah saw berdoa dengan menyebut-nyebut nama Allah. kita sahaja hamba yang ego tidak mahu menyebut nama-nama Allah. berkira-kira untuk menyebut nama-nama Allah. sedangkan nikmat yang Allah kurniakan setiap saat setiap ketik tidak dapat kita hitung.

Nafas yang Allah kurniakan ini tidak pernah sekali Allah meminta kita untuk membayarnya. Cuba bayangkan sekiranya Allah menyuruh untuk kita membayar setiap liter oksigen yang kita sedut (sepertimana di hospital, oksigen perlu dibayar). 

Sehari sebanyak 2880 L x RM 0.10/L= RM 28.80 sehari
RM 28.80 sehari x 30 hari x 12 bulan = RM 10, 368 setahun.

sudah berapa tahun kita menumpang bumi Allah Ya Malik Ya Malikul Mulk?

mampukah kita untuk membayarnya?

namun Allah itu Ya Barr Ya Rahman, Maha Baik dan Maha Pemurah. Allah tetap memberi oksigen secara PERCUMA 

maka seharusnya hamba-hamba ini menurut segala perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah, setiap saat harus memuji Allah. 

namun hamba-hambaNya ini lebih suka memuji makhluk, 
lebih suka memuji artis,
lebih suka memuji guru,
lebih suka memuji ibu ayah,
lebih suka memuji sahabat.

sedangkan nilai Maha Pemurah nya Allah itu lebih dari segala-galanya. 

hamba tidak akan dapat merasa Allah Ya Rahman, Ya Barr dek kerana terhijab hatinya dengan Allah. 

*************************************

dan dalam ayat ini juga Allah menyuruh hambaNya untuk sentiasa berzikir.

berzikir tidak semestinya di atas tikar sejadah,
disaat dirimu bekerja, berbaring, bergerak, memasak, berjalan masih boleh memuji Allah. 

di saat melihat tumbuh-tumbuhan lidah memuji Allah:

"Ya Allah Ya Muhyi , Kau Yang Maha Menghidupkan. sungguh indah ciptaanMu Ya Kholiq, Ya Baari' Ya Musowwir Ya Badi'. Tidak ada yang mampu mencipta ciptaan seindah yang Kau Ciptakan Ya Allah. terima kasih Ya Allah Ya Syakur menjadikan tumbuh-tumbuhan ini sebagai alat Ya Nafi' yang memberi manfaat oksigen kepada kami di atas bumi ini. Dan Kau juga Ya Mumit, Yang Maha Mematikan. Kau akan mematikan kami semua bila-bila masa sahaja mengikut kehendakMu. Kami redha atas setiap ketetapanMu, redhailah kami Ya Allah"








Friday 6 April 2018

Kenapa sakit?

Jasad yang sakit datang dari emosi yang sakit.
Emosi yang sakit datang dari roh yang sakit.
Roh yang sakit perlu dirawat dengan penyucian jiwa.

berbekam adalah medium atau cara untuk merawat.

sesungguhnya yang menyembuhkan setiap penyakit adalah اَللّهُ Ya Salaam Ya Fattah. 

maka berbekamlah sambil terapi penyucian jiwa dengan memohon penyembuhan dari اَللّهُ Ya Salaam Ya Fattah. 


sudah menjadi budaya orang kita, bila sakit/ demam sikit yang pertama dicari adalah ubat atau doktor.

kerana merasakan ubat atau doktor yang boleh menyembuhkan sakit yang dialami.

hakikat sebenarnya yang menyembuhkan sakit adalah Allah Ya Salaam. ubat dan doktor tiada daya untuk menyembuhkan. semua itu adalah medium atau alat yang diberi daya kesembuhan oleh Allah Ya Salaam untuk menyembuhkan.

buktinya, boleh sahaja orang yang sakit dan ulang alik hospital bertahun-tahun tapi masih juga tidak sembuh-sembuh.

bagaimana hendak sembuh sekiranya kebergantungan untuk sihat itu dipasakkan pada ubat dan doktor yang merawat.

SYIRIK !!!

Sedangkan dalam solat kita sebanyak 17 kali dalam solat kita membaca 



jadi kepada siapa yang harus kita minta pertolongan yang UTAMA? pastilah

Allah Ya Wahab Ya Karim. 

kemudian Allah Ya Wahab Ya Karim akan menggerakkan hati kita untuk mencari alat-alat penyembuhannya.

maka, dengan ini disaat diuji dengan kesakitan, ketahuilah bahawa Allah Ya Salaam tarik daya kesihatan kepada dirimu untuk membawamu kembali mentauhidkan Allah.

sesungguhnya setiap peristiwa yang Allah ciptakan tiada yang sia-sia. Allah sebenarnya sedang menta'aruf diriNya kepada mu. 

tetapi kerana terhijabnya hatimu dengan Nya maka setiap peritiwa itu dirasakan sebagai ujian yang dahsyat.

inshaaAllah dikesempatan yang lain saya akan kongsikan bagaimana untuk membuka hijab antara kita dengan Allah.

Ya Baari' Ya Quddus.




#BekamTerapiAsmaulHusna